BANTUAN TEKNIKAL EKASIH :

Bantuan teknikal eKASIH adalah khidmat teknikal dan penggunaan aplikasi yang diberikan kepada agensi-agensi pemegang ID Sistem e-Kasih di Sabah untuk membantu masalah berkaitan talian, perkakasan dan aplikasi e-Kasih.

Perkhidmatan yang diberikan ialah:

  • Penyelenggaraan PC dan Pencetak e-Kasih yang dibekalkan kepada daerah-daerah (tidak termasuk perolehan alat ganti)
  • Pemeriksaan talian data dan aplikasi e-Kasih di daerah-daerah
  • Bantuan/pertanyaan berkaitan id pengguna dan aplikasi e-Kasih

KLINIK SPP II :

Klinik SPP II Web adalah khidmat teknikal dan penggunaan aplikasi yang diberikan kepada agensi-agensi pemegang ID SPP II Web di Sabah untuk membantu masalah berkaitan talian, perkakasan dan aplikasi SPP II Web.

Perkhidmatan yang diberikan ialah:

  • Penyelenggaraan PC SPP II (tidak termasuk perolehan alat ganti)
  • Pemeriksaan talian SPP II Web
  • Pemeriksaan aplikasi SPP II Web
  • Bantuan/pertanyaan berkaitan SPP II Web

SUDUT SPP II :

SUDUT SPP II Web adalah suatu ruang yang disediakan (komputer dan talian capaian kepada SPP II Web kepada agensi-agensi pemegang ID SPP II Web yang memerlukan perkhidmatan tersebut untuk membolehkan agensi mengemaskini maklumat SPP II Web.

Sudut ini juga memberi bantuan penggunaan aplikasi SPP II Web kepada penguna-pengguna jika diperlukan. Sudut ini bertempat di,

Bilik Latihan Komputer,
Seksyen Teknologi Maklumat,
PPPN Sabah, Aras 5, Blok C,
Kompleks PKPS, Kota Kinabalu.


Untuk bantuan teknikal eKasih, tempahan kemudahan Sudut SPP II atau bantuan Klinik SPP II sila hubungi,

SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
TINGKAT 5, BLOK C, KOMPLEKS PKPS,
KOTA KINABALU, SABAH.

AINILIZA BINTI USLI
088-484822
JAMAUN MONGANKIM
088-484193
NOOR AZURAH BINTI NAIM
088-484193