KOMITMEN

"ICU JPM AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG, BERKUALITI, DAN BERINTEGRITI MELALUI AMALAN URUS TADBIR YANG TERBAIK DENGAN BERKESAN BERASASKAN PIAGAM PELANGGAN SEPERTI BERIKUT:

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA
1. Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.
2. Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.
3. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada
agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.
4. Memberi khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan
dan pengurusan projek dalam tempoh 3 hari selepas menerima permohonan.
5. Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
6. Memberi maklum balas penerimaan Permohonan Projek Khas dalam tempoh tidak melebihi 7 hari.
7. Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas permohonan diterima
PERKHIDMATAN SOKONGAN
8. Memberi maklum balas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa 3 hari daripada tarikh
permohonan diterima.
9. Memastikan ketersediaan sistem dan rangkaian pada tahap minima 90% pada setiap masa.
10. Memberi maklum balas pertama kepada Permohonan Perkhidmatan/Aduan ICT yang diterima melalui Call-Center
(MedICT) dalam masa 1 hari.
11. Memberi maklum balas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.
PEMULIHAN PERKHIDMATAN

" JIKA ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ICUJPM TIDAK DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIJANJIKAN, KAMI AKAN DENGAN SERTA MERTA MEMBERI JAMINAN KEPADA PIHAK PELANGGAN UNTUK MELAKSANAKANNYA DALAM MASA YANG DIPERSETUJUI "

*Teras 1 dan 6 ditiadakan kerana perubahan mekanisme penyampaian berkuatkuasa mulai 25.1.2013
STAKE HOLDER DAN PELANGGAN UTAMA
  • Y.A.B. Perdana Menteri
  • Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
  • Y.A.B. Menteri Besar/ Ketua Menteri
  • Ahli-ahli Jemaah Menteri
  • Ketua Setiausaha Negara
  • Anggota Pentadbiran
  • Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Peringkat Persekutuan dan Negeri & Badan Berkanun Persekutuan
  • Pemimpin Tempatan, Pemimpin Masyarakat (Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO)
  • Kumpulan Sasar.
PIAGAM PELANGGAN PPPN SABAH

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Sabah adalah komited untuk :

  • Memastikan semua projek pembangunan yang dilaksanakan adalah selaras dengan hasrat dan dasar Kerajaan Persekutuan.
  • Melaksanakan projek-projek khas mengikut perancangan dan peruntukan kewangan.
  • Memastikan waran peruntukan disalurkan kepada Jabatan/Agensi Pelaksana dalam tempoh empat belas (14) hari.
  • Memastikan keputusan yang tepat mengenai pelaksanaan Projek-Projek Kecil/Projek-Projek Khas dan pembelian peralatan.
  • Mengeluarkan Perintah Kerja Am (GWO) dan Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dalam tempoh tiga (3) hari setelah permohonan projek/pembelian peralatan diluluskan.
  • Mengeluarkan Surat Kuasa kepada Pejabat Daerah untuk pelaksanaan Projek-Projek Kecil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diluluskan.
  • Memastikan pemeriksaan ke atas projek-projek kecil yang telah siap dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dimaklumkan dan Sijil Siap dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari selepas pemeriksaan.
  • Memastikan tuntutan pembayaran bagi projek/pembelian diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.