Pegawai Kemajuan Negeri Sabah

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (PPPN Sabah). Pembangunan laman web ini merupakan satu usaha ke arah penyebaran maklumat dengan lebih meluas. Penguasaan terhadap Ilmu IT di kalangan rakyat yang semakin meningkat serta keperluan untuk berada selari dengan kemajuan komunikasi yang begitu pantas menyedarkan kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat agar sentiasa betul, cepat dan mudah dicapai.

Adalah menjadi hasrat PPPN Sabah untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan rakyat menerusi laman web ini agar rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara on-line. Di bawah urustadbir yang telus, rakyat dapat melihat dan mengetahui maklumat–maklumat serta perkembangan jabatan Kerajaan melalui portal yang di sediakan dan ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik.

Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPPN Sabah. Sekian dan terima kasih. Wassalam.

Dato' Haji Ruji bin Ubi
(DIMP, KMN, ADK, BSK)
Pegawai Kemajuan Negeri Sabah.